Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Didik generasi baharu budaya tradisi, kalau tidak mahu ia hilang

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABLU- Masyarakat Hakka digesa untuk mengekalkan tradisi budaya mereka dilihat semakin dilupakan terutamanya dalam kalangan generasi baharu.

Presiden Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong berkata, dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mengajar anak-anak mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Hakka.

“Jangan lupa didik generasi baharu suku kaum ini dengan amalan budaya tradisinya, kalau tidak mahu tradisi ini hilang kerana tiada yang mengamalkannya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dalam Majlis Sambutan Makan Malam Muhibbah Hakka sedunia Sempena Menyambut Hari Perasmian Pembukaan Wisma Hakka Sabah, di sini semalam.

Menurutnya, ibu bapa perlu didik anak-anak mereka bertutur bahasa Hakka di rumah kerana anak-anak tidak berpeluang bercakap bahasa itu di sekolah yang tidak menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar utama.

Dalam majlis yang sama, beliau turut mengambil kesempatan membawa orang ramai yang hadir dalam majlis itu untuk mengambil masa selama seminit untuk berdiam sejenak bagi menghormati mantan Perdana Menteri Singapura iaitu mendiang Lee Kuan Yew.

Katanya, penghormatan itu diberikan kerana mendiang juga merupakan salah seorang daripada suku kaum Hakka.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan