Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Didik anak-anak seawal usia cara hidup positif

Hamisa Samat (tengah) bersama masyarakat Kampung Merotai Besar, Tawau.
Hamisa Samat (tengah) bersama masyarakat Kampung Merotai Besar, Tawau.

TAWAU – Negara memerlukan generasi muda yang memiliki pemikiran matang serta berpandangan jauh bagi memastikan kestabilan dan pembangunan ekonomi terus dilaksana pada masa depan.

Sehubungan itu, dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti tinggi, golongan ibu bapa perlu lebih serius dalam melatih dan mendidik anak-anak tentang  amalan cara hidup positif dan sihat seawal usia lagi.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, ini kerana amalan gaya hidup sihat, generasi muda tidak akan berupaya menyumbang tenaga yang diharapkan untuk memimpin negara.

“Mereka (anak-anak) ini juga perlu dilatih agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan serta mengelakkan diri daripada gejala yang tidak baik,” katanya pada majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Bergunting Rambut di Kampung Merotai Besar, Tawau, anjuran Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Merotai Besar, di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, dalam melahirkan lebih ramai generasi muda yang berwibawa, generasi muda perlu terbuka kepada idea-idea baru tanpa mengenepikan aspek agama, kebudayaan dan adat resam.

Beliau seterusnya berharap golongan ibu bapa dapat memberi tumpuan terhadap pendidikan anak-anak dengan lebih serius agar mereka boleh menjadi barisan pemimpin pelapis negara yang lebih mantap dan berdaya saing.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu  juga tidak menafikan kadang-kala terdapat sebilangan ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan kerja mereka sehingga mengabaikan pelajaran anak-anak.

“Kita tidak mahu anak-anak tertinggal dalam pelajaran hanya semata-mata ibu bapa mereka sibuk mengejar kekayaan,” ujar beliau. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan