Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Didenda tabik depan bendera sampai pengsan

11:49am 31/10/2016 Pak Roshan 6 views Global
GAMBAR menunjukkan Dewa berdiri sambil memberi tabik hormat di depan tiang bendera Indonesia. - JawaPos

GAMBAR menunjukkan Dewa berdiri sambil memberi tabik hormat di depan tiang bendera Indonesia. – JawaPos

Bali: Beberapa gambar yang menunjukkan seorang kakitangan kerajaan pengsan selepas didenda berdiri sambil memberi tabik hormat di depan tiang bendera mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia viral di Internet.

Menurut JawaPos, kejadian itu berlaku ketika majlis sambutan Hari Sumpah Pemuda di Padang Puputan Margarana, Renon di sini pada Jumaat lalu.

Kakitangan kerajaan itu yang dikenali sebagai Dewa Gede Riki dikatakan bergurau dan tidak berdisiplin ketika majlis berkenaan.

Kelakuan Dewa itu dilihat pegawai atasannya yang kemudian mengarahkannya berdiri di depan tiang bendera Indonesia sambil memberi tabik hormat selama sejam.

Bagaimanapun, tidak sampai satu jam Dewa berdiri, lelaki itu tiba-tiba rebah dan terpaksa mendapat rawatan petugas perubatan.

Tidak lama selepas itu, beberapa gambar menunjukkan Dewa berdiri sambil memberi tabik hormat di depan tiang bendera dan ketika dia diusung petugas perubatan tersebar di media sosial.

Ramai pengguna media sosial mengkritik denda yang dikenakan terhadap Dewa yang didakwa mereka sebagai keterlaluan dan memalukan seorang kakitangan kerajaan.

Sementara itu, jurucakap kerajaan tempatan Bali memberitahu, lelaki itu didenda kerana tidak berdisiplin dan tidak menghormati majlis. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan