Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Didenda, membenarkan PATI tinggal dalam premis

8:16pm 24/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 86 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang peniaga restoran didenda sebanyak RM 15,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan membenarkan tiga orang lelaki tanpa pas yang sah tinggal di premis miliknya.

Norizan Zakaria, 34 hadir dihadapan Hakim Azreena Aziz mengaku melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Imigresen, Keningau pada jam 12.30 tengah hari, 2 Disember, tahun lalu.

Tertuduh dihukum dibawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda maksimum RM 30,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang asing yang dijumpai dalam premis tersebut.

Berdasarkan fakta kes, pada jam lebih kurang 8.30 hingga 8.40 oagi, tertuduh sebagai majikan di sebuah restoran di tambunan membenarkan tiga orang pendatang asing tinggal di premis tersebut.

Dalam mitigasi, tertuduh memohon denda minimum dikenakan dan meminta agar mahkamah membenarkannya untuk membayar denda tersebut secara ansuran dalam tempoh 30 hari.

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Raya Jabatan Imigresen, Hamisah Hj Puteh.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan