Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Didenda kerana memiliki daging babi tanpa permit

court

KENINGAU: Seorang lekaki tempatan dikenakan hukuman denda RM20,000.00 kerana  didapati bersalah memiliki daging babi tanpa permit.

Hukuman terhadap tertuduh Ho Yu Kiong 47, dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Keningau di sini pada Isnin.

Tertuduh yang tidak diwakili Peguam mengaku bersalah memiliki babi hutan apabila pertudahan dibacakan.

Menurut Fakta Kes, pada 11hb Jun 2015 lebih kurang 5.13 petang sepasukan Penguatkuasa Jabatan Hidupan Liar Sabah diketuai oleh Joseph Fabian Sipaut, sewaktu menjalankan sekatan jalan raya bertempat di KM 5 Jalan Keningau – Sook telah menahan sebuah kenderaan lori 3 (tiga) tan jenis Daihatsu berwarna putih pendaftaran SAB9923C yang menghampiri sekatan jalan.

Semasa kenderaan yang dipandu oleh Ho Yu Kiong diperiksa didapati sebanyak 296 kilogram daging Bearded Pig (Sus barbatus) babi hutan telah dijumpai di kontena belakang kenderaan tersebut iaitu suatu sepsis haiwan yang dilindungi sepertimana disenaraikan dalam Jadual 3, Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liat 1997. Walau bagaimanapun katanya, tertuduh dibenarkan membayar denda itu empat kali dalam tempoh empat bulan. -oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan