Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Didakwa ceroboh Rumah Putih

9:32am 28/11/2015 Pak Roshan 5 views Global
GAMBAR diambil orang awam menunjukkan Caputo memanjat pagar di Rumah Putih ketika Obama sekeluarga menyambut Hari Kesyukuran di dalam.

GAMBAR diambil orang awam menunjukkan Caputo memanjat pagar di Rumah Putih ketika Obama sekeluarga menyambut Hari Kesyukuran di dalam.

Washington: Seorang lelaki yang menceroboh Rumah Putih dengan memanjat pagarnya kelmarin sehingga menyebabkan rumah agam kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS) itu terpaksa ditutup kini berdepan tuduhan jenayah.

Lelaki terbabit yang dikenal pasti sebagai Joseph Caputo memanjat pagar di bahagian utara Rumah Putih pada jam 2.45 petang (waktu tempatan) Hari Kesyukuran, tetapi berjaya ditangkap tidak lama selepas itu, kata Perkhidmatan Rahsia AS dalam dalam satu kenyataan.

Ia bagaimanapun, tidak mengemukakan butiran lanjut mengenai suspek.

Rumah Putih terpaksa ditutup bagi membolehkan Perkhidmatan Rahsia membuat pemeriksaan keselamatan di premis berkenaan, malah jalan berhampiran turut ditutup, lapor ABC News dan Washington Post.

Kejadian itu berlaku ketika AS meningkatkan kawalan keselamatan susulan serangan 13 November lalu di Paris yang mengakibatkan 130 terbunuh.

Ketika kejadian, Presiden Barack Obama berada di dalam Rumah Putih menyambut perayaan berkenaan.

Beberapa jam sebelumnya gambar disiarkan jurugambar rasmi Rumah Putih di Internet menunjukkan Obama membuat panggilan telefon kepada pegawai kanan tentera AS.

Kejadian itu adalah yang ketiga Rumah Putih diceroboh walaupun Perkhidmatan Perisikan mengambil pelbagai langkah meningkatkan keselamatan di situ. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan