Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Didakwa bunuh remaja lelaki

MOHD Azmin Lidin (dua kanan) bersama peguamnya Rakhbir Singh ketika keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah
MOHD Azmin Lidin (dua kanan) bersama peguamnya Rakhbir Singh ketika keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki, minggu lalu.

Tertuduh Mohd Azmin Lidin, 28, didakwa membunuh Yaacob Nasran, 18, di hadapan Siam Thai, Jalan Asia City antara jam 3.30 pagi hingga 4.30 pagi, 15 Disember lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Jessica Ombou Kakayun kemudian menetapkan 7 Februari 2017 sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan beberapa dokumen berkaitan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor P Nathan manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rakhbir Singh. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan