Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Diculik lebih setahun, Lans Koperal Zakia Aliep berjaya dibebaskan

 

Musa Aman bertanyakan sesuatu kepada Zakia (kiri) semasa sidang media di Sri Libaran.
Musa Aman bertanyakan sesuatu kepada Zakia (kiri) semasa sidang media di Sri Libaran.

KOTA KINABALU – Lans Koperal Zakia Aliep yang diculik di Pulau Mabul, Semporna pada tahun lalu berjaya dibebaskan oleh pasukan keselamatan dari Indanan, Sulu, Filipina, semalam.

Zakiah yang tiba di Sandakan pada 7.30 pagi ini dibawa keluar dari Indanan pada kira-kira pukul 11 malam pada 6 Mac oleh pasukan pembebasan keselamatan negara yang berlepas ke Sulu kira-kira pukul 2.30 petang, semalam.

Mengulas pembebasan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan negeri bersyukur dengan pembebasan Zakia ke tanahair setelah sekian lama menjadi tahanan oleh kumpulan pengganas selatan Filipina.

“Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan usaha berterusan kerajaan melalui perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli-ahli keluarga, maka usaha membebaskan beliau telah berhasil.

“Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang telah berusaha sedaya uoaya sehingga memastikan pembebasan Konstable Zakia Alip. Saya juga telah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebentar tadi.

“Beliau merakamkan rasa gembira dengan berita pembebasan ini dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang telah berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Zakia,” katanya dalam sidang media di kediaman beliau di Sri Libaran, Sandakan.

Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri dan Esscom mahu pasukan keselamatan agar sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan.

Katanya, ini bagi memastikan agar keselamatan dan keamanan negeri dan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman keselamatan, khususnya di kawasan perairan negara. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan