Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dicekup Polis mencuri drill

10:14pm 20/02/2016 Ann Vivien 30 views Jenayah,Tempatan
Douglas menunjukkan barang yang dicuri oleh suspek.

Douglas menunjukkan barang yang dicuri oleh suspek.

KENINGAU:  Kerana mencuri  satu unit impact drill yang hanya bernilai RM150.00 seorang lelaki tempatan dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, suspek yang berumur 28 tahun dan berasal dari salah sebuah kampung di Daerah Sipitang ditangkap polis di kawasan berhampiran kedai Sin Hoo Hardware Timber Taman Jutaya 2 dekat sini lebih kurang jam 8.00 malam pada 11 Februari  lepas.

Katanya, siasatan yang dijalankan, suspek merupakan bekas pekerja kedai hardware berkenaan telah mencuri drill yang namun dapat dilihat oleh seorang pekerja yang dikenali sebagai Boy yang kemudian memberitahu majikannya.

“Suspek dibawa ke balai polis Keningau bersama barang curi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh diseksa dengan penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabi kesalahan” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Sabtu.

Douglas memberitahu, suspek yang didapati positif dadah setelah pemeriksaan air kencing dijalankan turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000.00 atau hukuman penjara selama tidak lebih daripada dua tahun.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan