Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

DiCaprio mungkin diharamkan masuk Indonesia

DICAPRIO (kanan) bergambar bersama gajah Sumatera ketika melawat Taman Negara Gunung Leuser.
DICAPRIO (kanan) bergambar bersama gajah Sumatera ketika melawat Taman Negara Gunung Leuser.

Jakarta: Aktor Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio mungkin diharamkan daripada melawat Indonesia selepas dia mengkritik perladangan kelapa sawit negara itu kerana memusnahkan hutan dan membahayakan hidupan liar, kata pegawai semalam.

Pemenang anugerah Oscar berkenaan membuat lawatan sehari ke Taman Negara Gunung Leuser di utara Sumatera pada minggu lalu.

Dia kemudian memuat naik gambarnya di laman Instagram dan menyatakan kebimbangan mengenai habitat hidupan liar yang kini terancam.

“Peluasan perladangan kelapa sawit memberi kesan kepada hutan dan memutuskan koridor migrasi gajah.

“Sebuah kawasan biodiversiti bertaraf dunia tetapi peluasan perladangan kelapa sawit memusnahkan tempat unik ini,” katanya.

Jurucakap jabatan imigresen Indonesia, Heru Santoso berkata, DiCaprio menggunakan lawatan itu untuk mengutuk industri kelapa sawit dan kerajaan.

“Kami menyokong kebimbangannya terhadap ekosistem Gunung Leuser tetapi sekiranya dia terus mengeluarkan kenyataan menghasut atau provokatif dia boleh disenarai hitam daripada kembali ke negara ini,” katanya. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan