Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dibunuh kerana ketawa

DENISE bersama anak lelakinya.
DENISE bersama anak lelakinya.

Los Angeles: Kerana marah akibat ditertawakan, seorang lelaki bertindak kejam apabila menembak mati seorang wanita dan mencederakan anak mangsa.

Jurucakap polis, Dave Coleman berkata, ketika kejadian mangsa, Denise Berry, 44, memandu kereta bersama anak lelakinya yang berusia 12 tahun di Hawthorne di sini pada Rabu lalu.

Apabila sampai di satu persimpangan, Denise berhenti di sebelah kereta yang dinaiki suspek, Robert Washington, 38, bersama dua rakannya.

Washington dilaporkan duduk di dalam kereta itu sambil menjulurkan kakinya ke luar tingkap

“Anak Denise ketawa melihat aksi Washington dan terus memberitahu ibunya bahawa lelaki itu sungguh lucu.- Agensi

Komen


Berita Berkaitan