Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dibunuh kerana enggan kahwin

9:24am 18/03/2016 Pak Roshan 3322 views Global
GAMBAR dimuat naik menunjukkan mangsa yang terbunuh.

GAMBAR dimuat naik menunjukkan mangsa yang terbunuh.

Berlin: Seorang wanita berusia 21 tahun mati ditembak di satu majlis perkahwinan selepas enggan mengahwini sepupunya dalam perkahwinan yang diatur bapa saudaranya.

Bapa gadis itu yang berbangsa Kurdis dari Iraq memuat naik gambar mayat anaknya yang berlumuran darah dengan kata-kata: “Dengan sedih dan hati yang luluh saya mengumumkan kematian anak perempuan kesayangan saya, Shilan.”

Dia yang datang ke Jerman 18 tahun lalu bersama keluarganya berkata, dia pulang ke Iraq untuk bekerja dan meninggalkan Shilan dalam jagaan abangnya. Namun, tanpa disangka lelaki itu memaksa gadis berkenaan berkahwin dengan anaknya.

“Shilan datang ke Jerman pada usia tiga tahun dan menjadi rakyat negara itu.

Dia membesar sebagai wanita yang berkeyakinan tinggi dan tidak mahu berkahwin dengan sepupunya itu. Disebabkan itu, saya sendiri membatalkan pertunangan itu. Tetapi mereka membunuh,” katanya. – HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan