Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dibelasah silap pilih mangsa

RAKAMAN CCTV menunjukkan perompak dibelasah sasarannya.
RAKAMAN CCTV menunjukkan perompak dibelasah sasarannya.

Beijinng: Seorang perompak yang merancang meraih wang mudah nyata tersilap memilih mangsa apabila lelaki disasarkannya di mesin pengeluaran wang (ATM) membelasahnya hingga pengsan.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam (waktu tempatan) di Deyang, wilayah Sichuan itu, yang dirakam CCTV, perompak terbabit datang menyerang dengan agresif apabila menolak mangsa dengan kasar sebelum menumbuk kepala lelaki itu beberapa kali.

Malangnya, dia pula dibelasah selepas ‘mangsa’ membalas tumbukannya menyebabkan dia pula yang rebah.

Lebih memalukan lagi, ‘mangsa’ selamba terus mengambil wangnya serta resit sebelum terus meninggalkan tempat itu seolah-olah sudah biasa berdepan dengan keadaan seperti itu.

Media tempatan melaporkan perompak malang berkenaan sudah ditahan polis. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan