Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dibelasah sebelum sempat pecah restoran

KEADAAN suspek selepas dibelasah orang awam selepas cuba memecah masuk sebuah restoran di Sulaman Central, Sepanggar, Kota Kinabalu. Foto ihsan polis

 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dibelasah orang awam selepas cuba memecah masuk sebuah restoran yang popular dengan masakan Kelantan di Sulaman Central, Sepanggar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, suspek berusia 30 tahun yang cedera di bahagian muka kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, pemilik restoran itu kebetulan lalu di kawasan berkenaan dan curiga dengan kehadiran sebuah PERODUA Myvi di hadapan kedainya.

Dia kemudian memeriksa dan terkejut melihat dua lelaki mengumpil pintu besi restorannya.

Lelaki itu menjerit ‘pencuri’ sebelum kedua-dua mereka melarikan diri dan salah seorang suspek berjaya ditangkap oleh orang awam selepas kereta dipandu mereka terbabas.

Suspek kemudian dipukul sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi sebaik dimaklumkan berkenaan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sepasukan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Sebaik tiba, orang awam menyerahkan seorang lelaki (suspek) yang cedera di muka,” katanya ketika dihubungi.

Chandra berkata, pemeriksaan ke atas kereta dipandu suspek menemui gergaji pemotong besi, satu alat pemotong besi dan pahat besi.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya. – Oleh Junaidi Ladjana/BH Online

Komen


Berita Berkaitan