Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dibaham selepas bertengkar

RAKAMAN CCTV seorang wanita dibaham harimau. FOTO Youtube.
RAKAMAN CCTV seorang wanita dibaham harimau. FOTO Youtube.

Beijing: Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah dibaham harimau selepas bertengkar di sebuah taman hidupan liar di sini kelmarin.

Kejadian di Taman Dunia Hidupan Liar Badaling itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dipercayai dari satu keluarga menaiki kereta bersama seorang lelaki dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, ketika kereta dinaiki keluarga itu melalui kawasan yang menempatkan harimau, kedua-dua mangsa dilaporkan mula bertengkar.

Media tempatan melaporkan, seorang wanita keluar dari kereta menyebabkan seekor harimau menyerang dan mengheretnya.

Seorang lagi wanita keluar untuk membantu mangsa, tetapi dia turut dibaham seekor lagi harimau hingga mati. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan