Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Diari catatan sejarah awal Sabah dilancarkan

Joanna semasa berucap di majlis pelancaran “The Diaries of George C.Woolley Volume 1: 1901-1907. – foto Sayangsabah
Joanna semasa berucap di majlis pelancaran “The Diaries of George C.Woolley Volume 1: 1901-1907. – foto Sayangsabah

KOTA KINABALU – Bersempena dengan sambutan jubli emas, Muzium Sabah hari ini mengumumkan pelancaran siri pertama diari hasil catatan George Cathcart Woolley yang menceritakan sejarah awal negeri Sabah pada satu majlis di sini.

Pengarahnya, Joanna Kitingan berkata, catatan berjudul “The Diaries of George C.Woolley Volume 1: 1901-1907” merupakan salah satu bahan sumber utama yang penting, terutama bagi ahli sejarahwan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah awal Sabah.

“Selama 70 tahun diari itu disimpan rapi daripada pengetahuan umum oleh pihak muzium, walaupun terdapat ahli sejarahwan yang tahu mengenai kewujudan diari berkenaan tetapi mereka tetap tidak dapat memperolehinya kecuali diari catatan zaman perang,” katanya.

Beliau berkata bahawa, cadangan untuk menerbitkan 12 diari hasil catatan bekas pegawai sebuah syarikat itu bermula sejak bertahun-tahun yang lalu untuk dijadikan bahan rujukan dan dimanfaatkan orang ramai.

Katanya, menerusi dana peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan negeri pada tahun lepas, pihak muzium kemudian berhasil menerbitkan beberapa koleksi Woolley termasuk gambar dan artifak yang sebelum ini telah diwariskan kepada kerajaan pada tahun 1946.

“Cadangan untuk menerbitkan koleksi secara besar-besaran untuk bacaan umum dijangka siap sepenuhnya dalam tiga tahun,” katanya sambil berterima kasih kepada kerajaan atas sokongan yang diberikan.

Penerbitan yang disunting oleh Kurator Kanan Muzium Sabah, Profesor Danny Wong Tze Ken dan Puan Stella Moo-Tan itu merupakan projek penyelidikan pertama yang  diluluskan dan disokong oleh kerajaan negeri.

“Kami berharap agar orang ramai akan membeli salinan diari tersebut yang dapat meningkatkan lagi pengetahuan berhubung sejarah Sabah di bawah pemerintahan British pada awal abad ke-20,” katanya lagi.

– oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan