Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dian Sastrowardoyo batal tawaran lakonan kerana MERS

DIAN
DIAN

Jakarta: Aktres popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo terpaksa membatalkan niatnya berlakon dalam filem 3 Srikandi ekoran penyebaran wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Korea Selatan.

Filem 3 Srikandi diinspirasi daripada kisah tiga atlet memanah Indonesia yang berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 1988 di Korea Selatan.

Penggambaran filem yang dijadual ditayangkan pada akhir tahun ini dijadual berlangsung di Seoul.

Bagaimanapun, penerbit filem Multivision Plus terpaksa menunda jadual penggambaran kerana penyebaran wabak MERS di Korea Selatan.

“Kami terpaksa membuat jadual baru, tetapi Dian tidak dapat mengikuti jadual itu kerana dia sudah menandatangani kontrak dengan filem lain,” kata pengurus promosi Multivision Plus Vera.

Katanya, syarikat itu menggantikan Dian dengan aktres popular, Bunga Citra Lestari.

Dalam filem itu, Bunga bakal bergandingan dengan aktres Tara Baso dan Chelsea Islan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan