Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dialog bersama PM bertukar kecoh

12:10am 18/05/2017 Pak Roshan 3610 views Mutakhir,Nasional

PUTRAJAYA 17 Mei – Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni bertukar kecoh apabila berlaku insiden kekasaran antara artis yang hadir.

Insiden itu berlaku apabila penerbit David Teo dikasari oleh pelawak Sulaiman Yassin di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sulaiman dikatakan mengasari David ekoran penerbit itu menghamburkan perkataan kurang sesuai di hadapan Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, keadaan berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Dialog yang dikendalikan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor kemudian diteruskan seperti biasa.

Sebanyak 300 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara tv dan selebriti agama menyertai Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Pengiat Seni yang berlangsung di Seri Perdana di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan