Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dialog Atasi Isu Dokumentasi Penduduk Semporna Dalam Masa Terdekat

SEMPORNA, 17 Julai – Satu sesi dialog akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah dokumentasi pengenalan diri penduduk Semporna, kata Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, berkata dialog itu akan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan  berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara.

“Sesi dialog adalah satu pendekatan yang baik yang membolehkan rakyat mengemukakan sebarang pertanyaan dan rakyat akan mendapat penjelasan mengenai proses, kriteria dan bukti atau dokumen berkaitan yang perlu disertakan dalam permohonan mereka.

“Kita amat memahami bahawa masalah berkaitan dokumentasi ini adalah rumit dan proses untuk menyelesaikan isu ini bukan mudah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata usaha sebelum ini yang dilakukan menerusi pendaftaran bergerak kurang berhasil disebabkan kebanyakan yang datang bukan warganegara.

“Sebab itu kerajaan sentiasa mencari kaedah betul dan sesuai untuk digunakan supaya usaha untuk membantu rakyat Malaysia menyelesaikan masalah dokumentasi mencapai matlamatnya dan tidak boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan