Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Dia bapaku’

9:48am 30/03/2016 Pak Roshan 8158 views Global

marshanda

Jakarta: Artis popular Indonesia, Marshanda tidak malu bapanya menjadi seorang pengemis, malah gembira kerana dapat bertemu semula dengan lelaki itu selepas dua tahun berpisah.

Marshanda sebelum itu mengaku seorang lelaki yang ditahan pihak berkuasa Jakarta kerana mengemis di bandar itu adalah bapa kandungnya.

Marshanda berkata, hubungannya dengan bapa, Irwan Yusuf menjadi renggang selepas lelaki itu bercerai dengan ibunya kira-kira 15 tahun lalu.

“Saya tidak malu kerana ini adalah cerita lama dalam keluarga saya.

“Selepas dua tahun berpisah, saya gembira kerana dapat bertemu semula dengan papa,” katanya.

Menurutnya, dia terputus hubungan dengan bapanya kira-kira dua tahun lalu tidak lama selepas dia bercerai dengan bekas suaminya.

“Selepas bercerai saya menukar nombor telefon menyebabkan saya hilang nombor telefon papa,” katanya.

Marshanda membuat pengakuan itu selepas melawat Irwan yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Jakarta, semalam.

Dunia hiburan Indonesia kecoh kelmarin, selepas seorang pengemis mengaku sebagai bapa Marshanda yang popular sebagai pelakon drama dan penyanyi.

Lelaki itu ditangkap pihak berkuasa sosial pada Jumaat lalu ketika Irwan mengemis di kawasan di Jakarta Selatan.

Irwan memberitahu, dia menjadi gelandangan dan mengemis sejak tiga bulan lalu selepas bengkel besi tempatnya bekerja ditutup. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan