Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dhaarma Raj Akur Jika MHC Ketepikannya Dari Jawatan Jurulatih Kebangsaan

dhaarma

SEPANG: Jurulatih skuad hoki negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah akur jika Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memberhentikan perkhidmatannya.

“Kalau MHC rasa menyingkirkan saya adalah perkara paling baik untuk pasukan hoki, terpulanglah,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC Manjit Majid Abdullah yang mendesak agar Dharma dipecat susulan kekalahan memalukan 2-4 kepada Trinidad dan Tobago pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

Dhaarma berkata, beliau mempunyai pengalaman dengan Manjit dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dengannya.

“Saya tidak ada masalah. Jadi mengikut pengalaman lepas buat saya jadi lebih matang hadapi isu ini. Kalau dia (Manjit) rasa dia betul, saya tidak mahu bergaduh dengan dia. Saya ada pasukan yang perlu diambil berat,” katanya.

Dhaarma berkata dalam organisasi MHC sendiri ada ahli yang bijaksana, jadi mereka akan faham keadaan sekarang dan menyokong pasukan hoki kebangsaan.

Lebih mengecewakan apabila pasukan hoki negara ditewaskan pasukan England 1-8 dan dibenam New Zealand 1-6 pada perlawanan peringkat kumpulan Sukan Komanwel.

Beliau berkata:”Walaupun pasukan kita kalah tapi mereka menunjukkan satu persembahan bagus, mereka cuba untuk dapatkan peluang gol. Pasukan hoki bagi Sukan Komanwel ini ramai pemain junior, sebelum bertolak ke Scotland semua sudah tahu misi utama kita ialah Sukan Asia.”

“Saya akan pilih empat pemain dari temasya ini untuk diserap sertai Sukan Asia. Kalau saya pentingkan diri sendiri, saya bawa pasukan pertama ke Scotland … bukan pasukan kedua ini. Pasti sekurang-kurangnya kita berada di tempat ketiga,” katanya.

Dhaarma berkata beliau mahu pasukan hoki utama yang terdiri daripada pemain senior berehat sebelum menampilkan aksi mereka pada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan