Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dewan: PPA1M Di Sabah Akan Diperluas Ke Daerah Lain

12:31pm 26/11/2015 Pak Roshan 79 views Berita Pilihan,Laporan Sidang DUN,Mutakhir

PPA1M

KOTA KINABALU : Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri akan memperluas program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia ke daerah lain di Sabah.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Edris berkata daerah terlibat termasuk Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Tuaran.

“Tapak di daerah Tuaran, Papar dan Lahad Datu telah dikenal pasti manakala tapak di daerah lain sedang diusahakan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Samsudin ingin tahu sama ada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bercadang untuk menambah PPA1M di daerah lain dan sama ada Sandakan termasuk dalam senarai pembinaan program perumahan itu.

Setakat ini, Zakaria berkata sejumlah 1,296 unit rumah PPA1m sedang dibina di tanah milik LPPB di Kinarut Selatan, Papar, yang dilaksanakan dalam dua fasa dan telah pun dilancarkan pada 27 Jun lepas oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa selaku Ketua Perkhidmatan Awam.

Zakaria berkata keluasan bagi rumah PPA1M ini ialah antara 900 hingga 1,350 kaki persegi dengan harga jualan antara RM220,000 dan RM270,000 seunit manakala penjualan rumah ini adalah mengikut kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam

“Usaha ini adalah selaras dengan tujuan program PPA1M itu sendiri iaitu sebagai salah satu usaha kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki rumah kediaman sendiri,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Kamarlin Ombi berkata kementeriannya menerusi Lembaga Pelancongan Sabah akan meneruskan usaha mengenal pasti produk pelancongan baharu di setiap daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan.

Menjawab soalan Terrence Siambun (PKR-Moyog), Kamarlin berkata pihaknya juga telah mengenal pasti dan mempromosikan dua produk pelancongan baharu di kawasan DUN Moyog iaitu Teater Muzikal “Sininggazanak” di Borneo Native Village dan Tagal Tinopiko, Kampung Notorus Bagagon.

Terrence ingin tahu mengenai usaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menjadikan Moyog sebagai pusat tumpuan pelancong memandangkan banyak tempat pelancongan di daerah itu berpotensi untuk dimajukan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan