Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dewan perniagaan mampu terajui pembangunan keusahawanan: KM

Sumbangan untuk Rumah Anak Yatim Al-Aman yang disampaikan oleh Pengerusi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, Datuk Mohd Hasnol Ayub Aman sambil diperhatikan oleh Ramlee. - Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Sumbangan untuk Rumah Anak Yatim Al-Aman yang disampaikan oleh Pengerusi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, Datuk Mohd Hasnol Ayub Aman sambil diperhatikan oleh Ramlee. – Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Sabah (DPMMS), Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia Sabah (Perdasama) disaran menjalin usahasama lebih besar bagi kejayaan masyarakat bumiputera.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menjelaskan, beliau yakin kerjasama ketiga-tiga dewan perniagaan tersebut berpotensi membentuk kejayaan bumiputera disamping mengukuhkan lagi ekonomi yang stabil.

“Kita percaya jalinan tiga dewan perniagaan ini dapat mewujudkan satu rangkaian bersama yang lebih luas khususnya dalam kalangan ahli dewan dan juga masyarakat bumiputera di negeri ini,” katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama DPMMS, DPBS dan Perdasama, di sini semalam. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban.

Dalam majlis itu juga Ramlee yang mewakili Musa turut menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim As Sakinah, Papar dan Rumah Anak Yatim Al-Aman, Beaufort dan Mahad Tahfiz Wal Qiraat  Negeri Sabah.

Dalam pada itu, Musa juga mengingatkan ketiga-tiga dewan perniagaan tersebut agar menyumbang sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi kepada golongan memerlukan.

“Saya  yakin, ahli ketiga-tiga dewan perniagaan ini turut memperoleh keuntungan daripada projek pembangunan kerajaan. Justeru, tidak ada salahnya jika hasil keuntungan tersebut dikongsi bersama golongan memerlukan seperti fakir miskin dan anak yatim,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan