Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dewan Makan Rejimen 516 Askar Wataniah Di Tawau Terbakar

Dewan makan Rejimen 516 Askar Wataniah di Kem Kukusan terbakar dalam kejadian 9.32 pagi tadi. - Foto BERNAMA
Dewan makan Rejimen 516 Askar Wataniah di Kem Kukusan terbakar dalam kejadian 9.32 pagi tadi. – Foto BERNAMA

TAWAU – Dewan makan Rejimen 516 Askar Wataniah di Kem Kukusan, di sini, hampir musnah dalam satu kebakaran, awal hari ini.

Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad berkata dewan makan itu hangus 80 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira pukul 9.32 pagi dan dapat mengawal kebakaran setengah jam kemudian.

“Anggaran kos kerugian sedang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Faisal mencadangkan setiap agensi kerajaan dan swasta memohon latihan tatacara menghadapi dan mengawal kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya latihan itu penting bagi mengetahui langkah memadam kebakaran yang baru bermula sebelum mendapatkan bantuan JBPM.

“Ini akan dapat membantu memadam kebakaran dengan cepat dan mengelak kemusnahan lebih besar atau merebak ke kawasan lain,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan