Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dewan lulus peruntukan Perbekalan Tambahan 50 peratus

Ramlee Marhaban
Ramlee Marhaban

KOTA KINABALU – Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini meluluskan tambahan RM50 peratus atau RM368.591 juta bagi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2015).

Usul rang undang-undang berkenaan yang dibacakan buat kali kedua, dibahaskan oleh Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban.

Ramlee berkata, penyata anggaran tambahan tersebut telah menjelaskan bahawa semua anggaran tambahan itu adalah mustahak untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan dapat bergerak dengan lancar.

Menurutnya, sebahagian besar Anggaran Perbekalan Tambahan 2015 iaitu RM233.284 juta diperlukan bagi tujuan pelarasan Akaun Pendahuluan Diri semata-mata untuk mematuhi peraturan perakaunan.

“Ini bermakna hanya RM135.307 juta sahaja yang sebenarnya melibatkan wang tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2015 ini,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Ramlee berkata, peruntukan tambahan terbesar yang melibatkan aliran tunai dalam Anggaran Perbekalan Tambahan Pertama 2015 sebanyak RM55 juta diperlukan untuk menampung perbelanjaan pengambilan perkhidmatan luar bagi mengendalikan loji-loji air manakala RM24 juta untuk pembelian air tahun ini termasuk pembayaran tunggakan kepada syarikat konsesi air.

Katanya, RM8.273 diperlukan untuk bayaran bayaran bantuan khas kewangan tahun ini kepada kakitangan perkhidmatan awam negeri yang akan dibayar bersamaan dengan gaji bulan Julai.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak RM45 juta daripada jumlah peruntukan tambahan yang dipohon adalah disediakan untuk pembayaran kos pengambilan tanah yang terlibat dalam Rancangan Pembangunan Negeri di Sandakan, Kota Kinabalu, Keningau dan Penampang. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan