Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dewan: Adun Cadang Longgarkan Syarat Lesen Penjaja Bergerak Kepada Belia

6:39pm 20/04/2016 Pak Roshan 210 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Kerajaan dicadang supaya melonggarkan syarat lesen penjaja bergerak kepada peniaga kecil-kecilan yang mengusahakan perniagaan trak manakan di negeri ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Samsuddin Yahya berkata ini bagi menggalakkan penyertaan golongan muda dalam keusahawanan memandang perniagaan trak makanan banyak diusahakan mereka.

Sehubungan itu, katanya, adalah wajar bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Perbandaran Tawau dan Majlis Perbandaran Sandakan mempertimbang perkara tersebut.

“Pihak berkenaan wajar memberikan kebenaran atau lesen kepada golongan muda, yang mempunyai kreativiti dalam berniaga, sekali gus memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan khususnya melibatkan aspek kebersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Shamsuddin mendapati ketika ini wujud senario golongan muda yang semakin berdaya saing mengusahakan jualan dan perniagaan tersebut kerana lebih mudah, ringkas dan tidak memerlukan modal besar.

Beliau yang juga Pengerusi Cement Industrial Sabah Sdn Bhd turut menyarankan kerajaan untuk mewajibkan kontraktor tempatan menggunakan simen yang dihasilkan dari negeri ini bagi kerja pembangunan dan pembinaan jalan raya berkonkrit.

“Saya amat berbangga jika simen yang dikeluarkan dari Sabah ini dapat digunakan oleh kontraktor tempatan dan ini secara tidak langsung akan memberi pulangan balik kepada kerajaan,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan