Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Derita nak kurus

GAMBAR atas, perawat membakar tuala pada perut Li Hang.
GAMBAR atas, perawat membakar tuala pada perut Li Hang.

Beijing: Seorang budak obes seberat 143 kilogram ‘dibakar’ dalam usaha untuk mengurangkan berat badannya.

Li Hang, 11, menjalani rawatan perubatan tradisional Cina selepas beratnya naik mendadak kerana menghidap penyakit ganjil sejak berusia tiga tahun.

Rawatan yang dijalaninya, termasuk bekam ‘api’, terapi api yang dikenali sebagai ‘hua liao’ dan akupunktur.

Beberapa gambar rawatan berkenaan menunjukkan budak itu menjerit ketakutan ketika doktor menyalakan api pada tuala di atas perutnya.

Li Hang menjalani rawatan berkenaan di Hospital Changchun Kangda di bandar raya Changchun, Jilin, wilayah timur laut China.  – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan