Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Derita Mikail dapat perhatian pihak berwajib

Sumarni mengucup pipi Mikail yang gembira dapat duduk di kerusi roda khas, sambil diperhatikan  Azizah Mohd. Dun (empat dari kanan) di program tersebut. - foto Aryan De Vera
Sumarni mengucup pipi Mikail yang gembira dapat duduk di kerusi roda khas, sambil diperhatikan Azizah Mohd. Dun (empat dari kanan) di program tersebut. – foto Aryan De Vera

MENUMBOK – Di kala kanak-kanak sebayanya riang bermain bersama rakan-rakan, Mikail Rafiqi Mohd Ardy, 4, hanya mampu melihat, disebabkan keterbatasan kemampuannya untuk bergerak kerana menderita sindrom ‘Cerebral Palsy’ iaitu kecederaan otak yang dialami sejak lahir.

Mikail hanya terbaring lesu ekoran tidak mampu bergerak kuat akibat pergerakan otot-ototnya yang tidak dapat berfungsi dengan normal.

Begitupun, terdapat sekelumit keceriaan dalam keluarga kanak-kanak itu apabila mendapat bantuan kerusi roda khas untuk kanak-kanak spastik serta barangan keperluan dapur daripada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun, semasa lawatan ke rumahnya di Kampung Seberang, di sini hari ini.

Menurut ibunya, Sumarni Lahilo, 30, Mikail yang merupakan anak ketiga dari empat beradik itu juga tidak dapat bercakap mahu pun duduk atau berjalan dan hanya mampu merengek jika mahukan sesuatu terutama jika lapar.

“Jika mahu duduk, dia terpaksa dibantu dengan cara menyokong belakang badannya dan begitu juga dengan pergerakan lainnya yang memerlukan bantuan pada setiap masa ekoran keadaanya. Dari segi pemakanan, kami hanya memberikannya makanan lembut seperti bubur nasi, termasuk susu dan air untuk diminum kerana Mikail tidak mampu menelan dengan baik.

“Paling menyedihkan, anak saya ini turut menderita rabun penglihatan hingga sukar melihat dengan jelas dan masalah ini menambahkan lagi penderitaannya,” katanya ketika ditemui semasa lawatan itu.

Sementara itu, Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, lawatan berkenaan merupakan antara program kebajikan Parlimen Beaufort bagi membantu golongan memerlukan.

“Program yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun ini turut merangkumi bantuan serta sumbangan kepada golongan miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim. Usaha kami ini juga meliputi kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan politik, agama dan bangsa kerana apa yang penting adalah golongan layak diberikan bantuan sewajarnya,” ujarnya. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan