Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Derita lidah, bibir luar biasa

KEADAAN mulut kanak-kanak itu yang menyebabkan dia sukar makan.
KEADAAN mulut kanak-kanak itu yang menyebabkan dia sukar makan.

Gauteng (Afrika Selatan): Seorang kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan saiz lidah yang luar biasa.

Organ itu terlalu panjang sehingga terjulur keluar dari mulutnya dan semakin panjang sehingga menyebabkan dia sukar makan.

Kanak-kanak itu kemudian menjalani pembedahan dengan lidahnya dipotong kepada saiz yang betul.

Bagaimanapun, ia masih tidak menyelesaikan masalah.

Menurut laporan Daily Sun, ibu bapa kanak-kanak itu kemudian mendapati bibir bawah anak mereka ‘tertarik ke bawah.’

Mereka berharap anak mereka akan sembuh sendiri memandangkan lidah kanak-kanak itu dibedah kepada saiz normal.

Bagaimanapun, bahagian bibir bawahnya terus membengkak dan kanak-kanak itu yang kini berusia tiga tahun, sekali lagi menghadapi masalah untuk makan.

Pasangan suami isteri itu diberitahu pakar, anak mereka berkemungkinan menghadapi masalah saluran darah yang tidak sempurna pada bibir dan lidahnya.

Bapa kanak-kanak itu yang bekerja di sebuah restoran di Tembisa berkata, dia tidak mampu untuk membiayai satu lagi pembedahan. – Agensi

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/123053#sthash.qYvgGe1n.dpuf

Komen


Berita Berkaitan