Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Derita bayi masalah paru-paru

oto oleh Keluarga Marriot/SWNS.com
oto oleh Keluarga Marriot/SWNS.com

London: Gambar menunjukkan saat-saat terakhir Sarah Marriott, 32, mencium bayinya, Sebastian Blenkinsop, yang baru berusia seminggu sebelum mesin sokongan hayat yang membantu bayi menghadapi masalah paru-paru serius itu terus bernafas, dimatikan.

Sarah dan pasangannya, Jonathon Blenkinsop, 31, yang baru membenarkan gambar ini disiarkan, terpaksa membuat keputusan yang amat sukar untuk membenarkan mesin sokongan hayat itu dimatikan selepas anak mereka sakit teruk sebaik dilahirkan April lalu.

Sebastian didapati menghadapi masalah genetik dikenali sebagai Alveolar Capillary Dysplasia (ACD) yang hanya dialami empat kanak-kanak di England.

Bayi itu dilahirkan melalui kaedah sedutan Caesarean dengan beratnya hanya 1.9 kilogram pada 2 April lalu, di Hospital Universiti North Tees, Stockton.

Selepas beberapa jam dia sukar bernafas lalu dipindahkan ke Hospital Freeman, Newcastle, dan bergantung kepada mesin sokongan hayat sepanjang rawatan.

Lima hari selepas dilahirkan, pasangan itu diberitahu anak mereka mengalami kerosakan otak dan serta pendarahan otak dan dinasihatkan mematikan mesin berkenaan.

Mesin sokongan dimatikan pada jam 11.07 pagi (waktu tempatan), 9 April lalu dan bayi berkenaan meninggal dunia dalam pelukan ibunya serta bapa di sampingnya. – Daily Mail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan