Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Derita 3 jam

GAMBAR X-ray menunjukkan jarum berkenaan dalam kepala Man Man.
GAMBAR X-ray menunjukkan jarum berkenaan dalam kepala Man Man.

Nanchang (China): Seorang bayi yang jatuh ke atas jarum mengait sehingga jarum berkenaan tertusuk pada otaknya berjaya diselamatkan apabila doktor mengeluarkan objek itu, semalam.

Man Man yang berusia kurang tiga tahun, dilapor bermain di luar rumahnya di Nanchang di wilayah Jiangxi apabila kejadian berlaku.

Dia dikejarkan ke hospital serta-merta. Menerusi X-ray, doktor mendapati cangkuk jarum berkenaan menembusi soket matanya dan tersangkut pada otak Man Man.

Ibu saudara kanak-kanak itu, Yu, berkata, Man Man bermain di luar rumah sementara dia dan ibunya duduk tidak jauh.

Menurut laporan, jarum itu tertusuk pada mata Man Man selama tiga jam sebelum ibu bapanya membawanya ke hospital.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan