Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dera anak, bapa dipenjara empat bulan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

 

KOTA KINABALU- Mahkamah Majistret di sini hari ini memutuskan menjatuhkan hukuman penjara kepada seorang pengangur selama empat bulan atas kesalahan mendera anaknya.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Mohd Faiz Omar setelah mendengar pengakuan salah Sabdalih Nahul, 36, yang didakwa di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara selama satu tahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati bersalah mencederakan anaknya berumur tiga tahun dengan menggunakan wayar hitam di bahagian paha kirinya pada 27 Mac di sebuah rumah tidak bernombor di Rampayan.

Dalam pada itu, sebelum menjatuhkan hukuman kepada tertuduh Majistret sempat memberikan nasihat kepadanya agar tidak mengulangi lagi kesilapan itu.

“Anak dan isteri adalah dilindungi dan bukan untuk didera,” katanya.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan