Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dengki mahu anak lelaki

10:23am 06/01/2016 Pak Roshan 2593 views Global
KANG Kang masih dirawat di hospital.

KANG Kang masih dirawat di hospital.

Beijing: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan diracun ibu saudaranya kerana cemburu dengan ibu kanak-kanak itu disebabkan dia melahirkan anak perempuan.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dari Changde, wilayah Hunan dipercayai menyuapkan raksa dari alat jangka suhu kepada bayi dinamakan Kang Kang itu, lapor People’s Daily Online.

Jangka suhu cuma mempunyai kandungan raksa yang sedikit, iaitu sekitar tiga gram. Ia tidak berbahaya jika ditelan, tetapi menghidunya boleh membawa kepada masalah kesihatan serius.

Kang Kang mendapat rawatan di hospital manakala ibu saudaranya itu menyerah diri ke balai polis, namun tidak jelas sama ada dia sudah didakwa atau dihukum.

Menurut laporan media, Kang Kang sakit ketika majlis perhimpunan keluarga pada 26 Disember lalu, menyebabkan ibu bapanya bingung kerana mereka tidak pernah meninggalkannya bersendirian. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan