Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Denggi: Amaran Kepada Penduduk Labuan

denggi-600x367

LABUAN : Jabatan Kesihatan Labuan memberi amaran denda akan dikenakan terhadap mereka yang didapati mempunyai tempat nyamuk aedes membiak di rumah atau bangunan masing-masing.

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata penguatkuasaan undang-undang akan dilaksanakan di kawasan perumahan, sekolah, tapak pembinaan, kilang dan premis perniagaan.

Orang ramai tidak boleh berpuas hati semata-mata kerana Labuan mencatat jumlah kes demam denggi yang kecil dan tanpa sebarang kematian sejak beberapa tahun lepas, katanya kepada Bernama.

Dr Ismail berkata gotong-royong, yang melibatkan badan bukan kerajaan dan penduduk kampung, diadakan setiap bulan bagi menghapuskan tempat nyamuk aedes membiak.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan