Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

`Dengar denyut nadi rakyat’

 

Hamisa Samat (kiri) berbual dengan seorang warga emas.
Hamisa Samat (kiri) berbual dengan seorang warga emas.

TAWAU – Amalan turun padang oleh wakil rakyat akan terus dijadikan sebagai agenda untuk mendekati rakyat dalam usaha ‘mendengar denyut nadi rakyat’

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat berkata,  masalah rakyat yang diajukan secara bertulis adalah seperti tidak lengkap jika seseorang wakil rakyat tidak merasai serta melihatnya sendiri apa yang membelenggu rakyat.

“Bukan kita anggap aduan atau permintaan rakyat secara bertulis melalui surat rasmi tidak baik, tetapi biarlah masalah-masalah itu kita sendiri lihat dan merasainya. Bukan kita tidak percaya kepada rakyat tetapi itulah peranan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang sangat sinonim seperti slogan ‘Dengar Denyut Nadi Rakyat’.

“Oleh itu, wakil rakyat BN sering turun padang di kawasan masing-masing untuk menyelami masalah rakyat justeru tidak sesekali mengabaikan rakyat baik di kawasan bandar, pedalaman, dan pinggir bandar,” katanya ketika menziarahi penduduk di Kampung Tanjong Batu, Tawau di sini hari ini.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri menjelaskan, tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bukan semata-mata untuk meraih populariti atau kepentingan diri sendiri. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan