Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dendam orok-orok

BANGKAI ular itu menggeliang-geliut dan seolah-olah cuba membelit pisau tukang masak.
BANGKAI ular itu menggeliang-geliut dan seolah-olah cuba membelit pisau tukang masak.

Louisiana: Seorang tukang masak terkejut apabila orok-orok yang sudah dibunuh, disiat kulit dan dibuang organ dalaman tiba-tiba ‘hidup semula’ sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak.

Ular yang mengeliang-geliut itu seolah-olah mahu membalas dendam dan dilihat berlingkar serta bergerak di atas papan pemotong yang dipenuhi darahnya.

Malah pada satu ketika bangkai ular itu dilihat seperti mahu membelit pisau digunakan tukang masak berkenaan.

Tukang masak itu yang nyata terkejut kedengaran berkata: “Ular itu sudah mati dan dibuang isi perutnya.

“Tetapi tengoklah, dia masih enggan mati. Ular ini nampak begitu marah. Pada hal isi perutnya sudah kosong. Memang gila!” – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan