Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dendam kakak dengki

STEFANIA (kiri) mati ditikam kakaknya Elizaveta (kanan).
STEFANIA (kiri) mati ditikam kakaknya Elizaveta (kanan).

Moscow: Seorang model Russia berusia 17 tahun mati ditikam 140 kali selain mata dikorek dan telinga dipotong oleh kakaknya sendiri yang cemburukannya.

Stefania Dubrovina, 17, ditikam mati kakaknya, Elizaveta, 19, dengan mayatnya menunjukkan kesan kecederaan teruk di dalam apartmen milik seorang jurugambar berusia 42, di St Petersburg.

Sumber polis tempatan berkata, dua beradik itu dan lelaki terbabit sedang berpesta, tetapi Elizaveta tiba-tiba menyerang adiknya menggunakan pisau ketika jurugambar berkenaan keluar membeli arak.

Penghibur terkenal St Petersburg, Stas Baretsky yang mengenali Stefania sejak dua tahun lalu menyuarakan rasa terkejut dengan kejadian itu selain menggambarkan mangsa sebagai seorang yang baik dan berkeperibadian menarik.

Akhbar Russia melaporkan, Elizaveta cemburukan kejayaan adiknya dan sering meniru gaya rambut serta mekapnya.

Elizaveta juga dilaporkan pernah mendapat rawatan di hospital sakit jiwa, malah seorang rakannya turut mengatakan dia ‘sedikit gila.’

Dia dilaporkan cuba melarikan diri selepas membunuh adiknya, tetapi rakan Stefania berjaya menahannya.

Ada yang mendakwa Stefania pelacur, tetapi Baretsky menafikannya.

“Saya berbual dengannya beberapa jam sebelum kematiannya dan dia memang dalam keadaan sedih,” katanya.

Elizaveta dan Stefania mempunyai beberapa adik-beradik lain dan semuanya dibesarkan di rumah anak yatim. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan