Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dendam ibu bapa

12:32pm 12/08/2016 Pak Roshan 37 views Global
LELAKI itu dibiarkan bogel selepas dipukul.

LELAKI itu dibiarkan bogel selepas dipukul.

Beijing: Seorang guru dibogelkan dan dibelasah teruk sepasang suami isteri selepas didakwa mencabul anak perempuan mereka yang juga pelajarnya.

Rakaman video kejadian itu disebarkan di Internet menunjukkan guru berkenaan dibogelkan dan dipukul kerana dikatakan mengadakan hubungan sulit dengan pelajar terbabit dalam kejadian di Wei, wilayah Hebei, utara China.

Dalam rakaman itu, guru berkenaan dilihat duduk bogel di atas lantai dan dikerumuni orang ramai dengan sebahagian mereka merakamkan kejadian menggunakan telefon bimbit.

Guru itu dilihat terhuyung-hayang sepanjang rakaman berkenaan.

Kakitangan di Sekolah Tengah Nombor 1 Weixian mengesahkan lelaki itu guru yang dikenali sebagai Li. Dia dilaporkan sudah beberapa tahun mengajar di sekolah berkenaan dan disayangi pelajarnya.

Polis mengesahkan kejadian dan masih menyiasatnya.

Biro Keselamatan Awam tempatan mengeluarkan notis pada 9 Ogos lalu mengesahkan seorang lelaki bogel yang disyaki penjenayah ditemui di tepi jalan.

Lelaki itu cedera dan polis membawanya ke hospital untuk dirawat.

Mac lalu, seorang guru berusia 30 tahun di Lingshan, Wilayah Autonomi Guangxi, cuba merogol seorang pelajar perempuan di khalayak ramai, tetapi berjaya dihalang guru lain.

Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gambar diambil daripada rakaman video menunjukkan lelaki itu dalam keadaan bogel menerpa gadis terbabit dari belakang sebelum menolak mangsa ke tembok. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan