Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Denda 15,000 jika gagal pamer tanda harga

 

Pegawai Penguatkuasa KPDNKK serta ahli Skuad Pengguna negeri Sabah mengadakan pemeriksaan tanda harga barang di beberapa buah premis pasaraya sekitar bandaraya Kota Kinabalu.
Pegawai Penguatkuasa KPDNKK serta ahli Skuad Pengguna negeri Sabah mengadakan pemeriksaan tanda harga barang di beberapa buah premis pasaraya sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Para peniaga pasar raya bakal berdepan tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya gagal mempamerkan tanda harga dengan betul pada barang jualan mereka kerana ia dikhuatiri mengelirukan pengguna.

Timbalan Pengerusi Skuad Pengguna Sabah, Datuk Aminah Ambrose berkata, terdapat segelintir peniaga yang mengambil mudah perkara itu dengan membiarkan pengguna keliru dengan tanda promosi tidak padan dengan tanda harga barang.

“Kita terkilan ada mesin harga tidak berfungsi tetapi diletakkan dalam ruang pasar raya tanpa notis yang menyatakan pengimbas rosak atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemeriksaan mengejut di beberapa buah premis pasar raya bersama penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Sabah.

Jelas Aminah lagi, masalah tiada tanda harga ini bukan sahaja berlaku di kalangan peniaga kecil-kecilan tetapi juga di pasar-pasar raya besar.

Menurutnya, memang bukan masalah untuk pengguna mencari mesin pengimbas harga di pasar raya tetapi sudah menjadi tanggungjawab peniaga untuk meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang mereka jual.

“Selain itu, di pasar raya juga biasa berlaku kes tanda harga yang tidak sama dengan barangan yang dijual. Ini berlaku apabila barangan habis stok dan peniaga meletakkan stok baru dengan jenama berbeza, mereka masih mengekalkan tanda harga lama,” ujarnya.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Khalid Haki, jika ada peniaga didapati ingkar meletakkan tanda harga mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dengan denda maksima sehingga RM15,000 atau kompaun RM7,500. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan