Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Demonstrasi kuasa tembakan udara,TUDM

4:17pm 16/11/2015 Leolerry Lajius 835 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Jeneral Roslan bersama pegawai TUDM melihat demonstrasi tersebut-Gambar Oleh Jimmy Tan

Jeneral Roslan bersama pegawai TUDM melihat demonstrasi tersebut-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA BELUD: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan satu demonstrasi kuasa tembakan udara ke bumi di Lapang Sasar Udara Kota Belud hari ini.

Acara iaitu sebahagian daripada Eksesais Paradise  yang turut melibatkan pesawat yang digunakan ketika OPS Daulat Lahad Datu.

Pesawat-pesawat yang terlibat dalam demonstrasi ini termasuk dua buah pesawat Su30MKM, dua buah pesawat F/A-18D, dua buah pesawat Hawk, dan masing-masing sebuah helikopter EC725, helikopter S614A dan pesawat C130H.

Menurut Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad, demontrasi ini adalah bagi melihat keupayaan tentera untuk melancarkan pelbagai persenjataan tepat ke sasaran selaras dengan Doktrin Kontemporari yang digunapakai oleh TUDM.

“Demonstrasi ini adalah salah satu latihan bagi TUDM untuk menunjukkan keupayaan aset yang ada dan juga sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika ada apa-apa yang berlaku di negara ini, “katanya.

Sebanyak enam senario yang dibuat ketika demonstrasi ini iaitu menyusup masuk, menganalisa, mengkoordinasi air support, melakukan serangan (pejuang), menerima bantuan dan menyusup keluar.  –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Salah satu Helikopter yang terlibat ketika demonstrasi tersebut Helikopter jenis EC725 (INFIL Paskau)-Gambar Oleh Jimmy Tan

Salah satu Helikopter yang terlibat ketika demonstrasi tersebut Helikopter jenis EC725 (INFIL Paskau)-Gambar Oleh Jimmy Tan

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan