Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Demi Keluarga, Mimi Fly Mohon Jangan Keruhkan Keadaan

KUMPULAN One Nation Emcees suatu ketika dahulu pernah popular dengan lagu Raja Gelek dan Anak Kampung.

Namun, nama kumpulan tersebut seakan-akan terkubur selepas beberapa tahun dalam industri.

Tetapi, baru-baru ini, satu-satunya anggota perempuan kumpulan itu, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham menjadi sebutan netizen selepas bercerai.

Demi menjaga nama baik kedua-dua keluarga, Mimi menerusi laman Instagramnya meminta tiada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan melemparkan tuduhan terhadap mereka.

“Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi Mimi rasa tak salah untuk kami berdua melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat.

“Tuhan saja yang Maha Mengetahui apa yang yang sebenanrnya tertulis buat kami jadi Mimi harap tiada yang cuba untuk menokok tambah cerita hanya kerana bukti-bukti yang sesungguhnya tidak sama sekali benar,” tulisnya di laman Instagram.

Tambah Mimi, kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya dan bekas suami, Mohd Firdaus Hajar mampu melukakan hati keluarga mereka.

Mimi turut meminta agar pihak tersebut untuk menghormati kedua-dua keluarga dengan tidak ‘menjaja’ cerita yang bukan-bukan.

“Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya, tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami.

“Jangan sesekali berfikiran yang anda lebih tahu hakikat disebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang dah kami jernihkan bersama,” jelasnya.

Akui Mimi, walaupun sudah bercerai, dia masih berkawan baik dengan Firdaus dan tidak akan memutuskan persahabatan yang terjalin sejak penyanyi itu berumur 13 tahun.

Dalam pada itu, Mimi turut mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu. Mimi dan Firdaus telah mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2015 dan telah berpisah pada Disember tahun ini. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan