Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Demi Beraya Dengan Stacy, Akim Batal Buat Umrah

STACY tidak tertekan apabila kerap diajukan soalan mengenai kehamilannya. - Foto Nik Hariff Hassan

BULAN lalu, penyanyi Akim Ahmad pernah mengumumkan akan menunaikan umrah bersama kumpulan The Majistret pada hujung bulan Ramadan seterusnya menyambut hari raya Aidilfitri di sana.

Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa dibatalkan saat akhir ekoran Akim, 25, tidak mahu melepaskan peluang untuk beraya bersama isterinya, Stacy buat pertama kali.

“Sepatutnya saya berangkat pada 22 Jun lalu tetapi saya terpaksa batalkan perancangan itu kerana mahu fokus kepada hal perpindahan rumah termasuk mahu bersama Stacy pada raya pertama memandangkan ini kali pertama dia menyambutnya sebagai saudara baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Akim merancang untuk untuk membawa Stacy menunaikan umrah bersama kelak.

Sebelum ini, Akim & The Majistret mendapat tajaan pakej umrah setelah memenangi anugerah Personaliti Terunggul Anugerah Pilihan Online 2016. – MYNEWSHUB.C

Komen


Berita Berkaitan