Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Demam tidak halang semangat bersihkan Pantai Tanjung Lipat

Gambar sekitar program Khidmat Komuniti bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). PENERANGAN
Gambar sekitar program Khidmat Komuniti bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). PENERANGAN

KOTA KINABALU : Demam tidak menghalang Norfatiha Kiflee, 21, pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Sabah International Dynamic Management College (SIDMA) untuk turut serta dalam Program Khidmat Komuniti bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Norfatiha bersama rakan baiknya, Noridah Tempuling, 23, tiba di Anjung Selera Pantai Tanjung Lipat seawal 6.30 pagi untuk menyertai program berkenaan.

Gambar sekitar program Khidmat Komuniti bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). PENERANGAN
Gambar sekitar program Khidmat Komuniti bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). PENERANGAN

“Walau pun saya demam, saya gagahkan diri untuk bersama rakan-rakan menyertai aktiviti ini.

“Hilang rasa demam bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan pagi ini.

“Kami juga bersenam beramai-ramai bersama Mayor DBKK, Datuk Yeo Boon Hai sebelum aktiviti mengutip sampah dijalankan,” kata Norfatiha.

Bagi Noridah pula, pengalaman menyertai aktiviti ini memberi satu prespektif baru dan pengajaran kepada beliau untuk tidak membuang sampah merata-rata.

“Banyak sampah-sarap dari bekas makanan, botol air, lampin pakai buang bayi ditemui semasa membersihkan kawasan di persisiran pantai.

“Saya berharap orang ramai yang berkunjung ke Tanjung Lipat dan juga yang tingal di pulau-pulau berdekatan dapat berkerjasama untuk tidak membuang sampah sesuka hati mereka.

“Sekiranya kita menjaga kebersihan taman ini, kita dapat sama-sama menikmati pemandangan dan bersenam dengan selesa di samping dapat menjamin kesihatan diri kita sendiri,” kongsinya.

Sementara itu, Yeo dalam ucapannya memaklumkan, aktiviti anjuran DBKK tersebut merupakan sebahagian daripada projek anak angkat oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) DBKK dalam usaha untuk meningkatkan imej dan identiti Bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah banda raya bersih, hijau dan selesa untuk didiami.

Menurutnya, di bawah projek anak angkat itu juga, tumpuan diberikan kepada kebersihan di kawasan kedai, jalan-jalan utama, bulatan jalan, persimpangan jalan taman-taman awam dan sebagainya.

Seramai 271 peserta yang terdiri daripada para pelajar SIDMA College dan UNITAR International University menyertai separuh hari tersebut./PENERANGAN-

SELESAI... Para peserta bergambar kenangan selepas program tersebut. PENERANGAN
SELESAI… Para peserta bergambar kenangan selepas program tersebut. PENERANGAN

Komen


Berita Berkaitan