Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Delegasi UMNO melawat China

7:34pm 01/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 43 views Global,Mutakhir,Nasional
LAWATAN KERJA…. Annuar (12 dari kanan) bersama para delegasi UMNO telah mengadakan lawatan kerja ke negara China

LAWATAN KERJA…. Annuar (12 dari kanan) dan para delegasi UMNO bergambar bersama Chen (11 dari kiri) sempena lawatan kerja ke negara China

CHINA- Seramai 20 orang delegasi UMNO yang diketuai Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengadakan lawatan kerja selama sembilan hari bermula 28 Feb lalu ke negara ini.

Rombongan yang terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian, ketua-ketua sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO itu bertujuan mengeratkan hubungan antara Malaysia dan China disamping membincangkan isu-isu semasa termasuk hal-hal politik yang berkaitan kedua-dua negara.

Disamping itu, beberapa wakil daripada Sabah turut serta dalam lawatan kerja itu termasuk Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Haji Sairin Karno, Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Encik Ariffin Kassim yang juga Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Beluran, Julie Sabran yang juga Exco Puteri UMNO Malaysia.

Dalam masa sama, deligasi UMNO telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Jabatan Antarabangsa , Pusat Jawatankuasa Parti Komunis China (CPC) H.E. Chen Fungxian, dan mengadakan perbincangan bersama Timbalan Ketua Pengarah Biro Asian 1, Jabatan Antarabangsa , Pusat Jawatankuasa Parti Komunis China (CPC), Zhang Xuyi.

Sementara itu, rombongan itu juga akan melawat Tembok Besar China, mengadakan perjumpaan bersama Beijing Foreign Studies University (BFSU), muzium negara, industri makanan halal di Lanzhou dan lain-lain. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan