Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Delegasi Amerika Kagum Komitmen ESSCom Terhadap Keselamatan ESSZone

us
Sumber Foto : Esscom

 

LAHAD DATU : Satu delegasi tiga anggota dari Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur melawat ibu pejabat Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini, Rabu.

Delegasi itu diketuai pegawai keselamatan serantau Kedutaan Amerika Bernard J Green.

Turut serta pegawai konsulat Thad W. Ross dan penyiasat kebangsaan perkhidmatan asing V. Ramakrishna.

Ketibaan mereka disambut pemerintah ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun dan para pegawai kanan ESSCom.

Dalam ucapannya, Green melahirkan kekaguman beliau terhadap ESSCom kerana usaha dan kejayaannya dalam memerangi jenayah rentas sempadan dan menjamin keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Katanya, perkara itu meningkatkan keadaan keselamatan serantau dan menambah keyakinan pelawat untuk ke Sabah, terutama ke ESSZone.

Green juga memuji ESSCom, yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan maritim kerana benar-benar mengamalkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dari segi kerjasama untuk meningkatkan tahap keselamatan di pantai timur Sabah.

“Kami amat berterima kasih kepada ESSCom kerana memberi kefahaman kepada kami tentang operasinya, termasuk peranan dan fungsi ESSCom di ESSZone,” katanya.

Terdahulu, dalam taklimat beliau, Abdul Rashid berkata keadaan keselamatan di ESSZone jauh bertambah baik sejak perintah berkurung dikuatkuasakan pada Julai tahun lepas.

“Kebanyakan pengusaha resort dan pelancongan gembira dengan kehadiran anggota keselamatan ESSCom dan kami akan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan kami untuk memastikan Sabah terus aman, selamat dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata ESSCom komited untuk menangani masalah penyeludupan, penculikan dan pencerobohan serta telah menyusun strategi untuk menjamin keselamatan dan keharmonian di ESSZone.

ESSCom meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan