Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Deklarasi Rakyat: Tun M Mahu Kembali Rejim ISA, Diktator

6:18pm 04/03/2016 Pak Roshan 277 views Mutakhir,Politik

deklarasi

PETALING JAYA – Mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat membuat lawak terhebat tahun ini apabila menandatangani deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’.

Bersama-sama dengan bekas pemimpin kanan negara, tokoh pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO), ia bakal menyaksikan Malaysia kembali ke era ‘kezaliman’ pemerintahan ala diktator kejam.

Deklarasi aneh dan penuh jenaka itu ditandatangani kononnya bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan tetapi tidak pula menyebut siapakah bakal penggantinya.

Ia mengandungi 36 perkara itu mempunyai empat permintaan utama antaranya penyingkiran Najib sebagai perdana menteri sah dilantik Yang di-Pertuan Agong tanpa kekerasan dan undang-undang yang dibenarkan.

Pada masa sama deklarasi lucu itu mahu singkir semua orang yang bekerjasama dengan Najib sekali gus meliputi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz yang diketahui akrab perdana menteri berbanding Mahathir sendiri.

Selain itu, paling dahsyat deklarasi ini mahu memansuhkan semua undang-undang dan perjanjian dibuat baru-baru ini konon melanggar hak-hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan pilihan dasar.

Ini bermakna Malaysia bakal mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan Najib bagi mewujudkan akta baharu lebih sepadu iaitu POTA dan SOSMA untuk mengekang pengganas militan.

Untuk rekod, semasa 22 tahun pemerintahan Mahathir, ratusan tokoh pembangkang ditahan di bawah ISA yang amat dikecam pemimpin antikerajaan sehingga beliau diberi gelaran Mahazalim, Mahafiraun dan diktator jahat.

Kelicikan Mahathir juga berjaya ‘menutup mulut’ rakyat apabila dua dekad memerintah negara, beliau perketat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1982 dengan tegas mengharamkan langsung banyak akhbar propembangkang.

Di bawah Deklarasi Rakyat, ia juga bermaksud Malaysia keluar daripada TPPA sekali gus ribuan kilang asing di Pulau Pinang dan Selangor akan ‘hijrah’ ke negara lain serta jutaan pekerja tempatan bakal hilang pendapatan.

Lucunya deklarasi itu konon mahu mengembalikan integriti institusi tertentu yang didakwa dilemahkan, iaitu PDRM, SPRM, BNM dan PAC sehingga terlupa itulah juga pernah dibuat Mahathir malah jauh lebih dahsyat.

Deklarasi tersebut yang disifatkan aneh, pelik, janggal dan caca marba akhirnya ditandatangani Mahathir dengan 58 mantan pemimpin kanan kerajaan antaranya bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid; bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik, serta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir ialah penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden PAN, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub.

PAS pula yang disingkirkan daripada menjadi sekutu Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat dibubarkan tahun lalu memutuskan tidak hadir kecuali Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar yang diketahui pro-Pakatan.

Turut kelihatan di ibu pejabat PKR di sini ialah aktivis politik Hishamuddin Rais, Ambiga Sreenivasan, Maria Chin, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Datuk A. Kadir Jasin. – Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan