Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Deklarasi 1B janji warga pendidikan Labuan capai matlamat PPPM

Labuan – Deklarasi 1B (1Borneo) yang dimuafakatkan pada 21 Februari 2018 di 1Borneo, Kota Kinabalu yang lalu oleh barisan pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebagai janji usaha warga pendidikan Labuan bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Deklarasi tersebut juga sebagai usaha kami menterjemahkan Gerak Kerja Melangkah ke Hadapan yang dicetuskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan yang merupakan ringkasan kepada fokus dan gerak kerja professional mulai tahun ini,” ujar Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Raisin Saidin pada Majlis Perhimpunan Guru 1Labuan 2018 di Dewan Utama, Sekolah Antarabangsa Labuan, di sini, petang semalam.

Kata Raisin, Deklarasi 1B tersebut yang mempunyai 19 deklarasi yang menjadi halatuju warga pendidikan di Labuan ini untuk mencapai hasrat melangkah ke hadapan yang mensasarkan Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid yang merupakan fokus utama Jabatan tersebut.

“Antara salah satu deklarasi tersebut adalah menjadikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan berada antara lima terbaik dari kalangan 16 Jabatan Pendidikan Negeri seluruh Negara yang mantap dari semua aspek pengurusan pendidikan “, kata Raisin lagi.

“Kami juga komited memastikan sumber-sumber pendidikan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran juga merupakan salah satu deklarasi yang terkandung di dalam Deklarasi 1B,’ ujarnya.

Raisin komited dengan Program Pengarah Sayang Sekolah yang dijalankan mampu memberi impak bukan sahaja tahap pencapaian keputusan peperiksaan dapat dipertingkatkan malahan luahan hati warga pendidik Labuan dapat didengarinya melalui lawatannya ke sekolah-sekolah dengan berinteraksi sendiri dengan guru-guru dan murid-murid.

“Kerjasama yang erat juga oleh warga pendidikan Labuan dengan pemimpin-pemimpin tempatan seperti ketua-ketua kampung dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) juga dapat merungkap segala solusi bagi memartabatkan pendidikan di Pulau Bebas Cukai tersebut,” Raisin menambah lagi.

Pada majlis itu juga, Raisin turut merasmikan Deklarasi 1B disamping menyerahkan “Bunting” Deklarasi tersebut kepada wakil ketua sektor Jabatan Pendidikan Labuan, Wakil Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Labuan serta wakil Majlis Guru Besar Labuan serta penyampaian sijil penghargaan kepada ketua-ketua kampung dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Labuan, Maimun Matnoh; Timbalan Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Labuan, Datuk Abdul Rahman Lamudin serta warga guru Labuan.-Penerangan Labuan.

Raisin ( dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Rahman.

Komen


Berita Berkaitan