Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dekati generasi muda dengan lebih banyak program keagamaan

3:40pm 10/05/2016 Leolerry Lajius 13 views Tempatan
Tawfiq (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang moderator sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tawfiq (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang moderator sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Jabatan dan Agensi Agama diseru agar mengatur lebih banyak program untuk mendekati generasi muda.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan, langkah itu adalah sebagai insiatif  mendekati dan memberi penerangan kepada mereka kerana generasi muda mudah terpengaruh dengan sesuatu yang baru termasuklah fahaman-fahaman baru yang diajar kepada mereka.

“Generasi muda masa kini sering mendapat maklumat atau akses melalui laman sosial dan seperti yang kita sedia maklum terdapat pihak di luar sana yang menyebarkan pengaruh atau fahaman mereka melalui laman sosial.”

“Jika generasi  muda tidak diberi penerangan dan pendedahan mengenai sesuatu perkara atau fahaman yang disebarkan itu, mereka mungkin akan terpengaruh dengan fahaman yang tidak baik,”katanya ketika berucap sempena perasmian Wacana Transformasi Pemikiran Ummah: Ancaman Aqidah dan Keselamatan peringkat negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kerana membantu usaha kerajaan memberi penerangan kepada masyarakat tentang akidah yang sebenar berasaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan majoriti umat islam di Malaysia.

“Walaupun perbincangan mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah bukanlah sesuatu yang baru, namun ia menjadi lebih penting pada masa kini kerana mutahir ini dunia islam dicemari dengan pelbagai fahaman yang mengancam akidah umat seperti fahaman Syiah dan puluhan ajaran sesat yang wujud.”

“Di sinilah peranan jabatan dan agensi agama dilihat semakin penting demi masa depan umat,” katanya.

Program yang diadakan di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah itu dihadiri hampir seribu peserta.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan