Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dekati belia melalui sukan-Hamisa

12:23pm 30/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 12 views Tempatan
Kenangan... Hamisa (tiga dari Kiri) bersama para ahli jawatankuasa dan peserta Sukan Bola Tampar Mukun Tanjong Batu Tawau

Kenangan… Hamisa (tiga dari Kiri) bersama para ahli jawatankuasa dan peserta Sukan Bola Tampar Mukun Tanjong Batu Tawau

TAWAU- Golongan belia disaran mempergiat penganjuran program-program kesukanan agar dapat menyatupadukan golongan muda dan mendekatkan mereka kepada aktiviti yang sihat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, kerajaan telah menyediakan platform dan kemudahan asas yang diperlukan golongan itu untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah seperti gelanggang futsal dan bola jaring.

Pendekatan masyarakat setempat dalam mendekati generasi muda tidak hanya terhad kepada bidang pendidikan dan kemasyarakatan semata-mata malah perlu mencakupi bidang lain seperti sukan. Kerajaan telah menyediakan kemudahan sukan untuk golongan muda beriadah.

“Justeru pemimpin masyarakat perlu menjadi penggerak dengan menganjurkan program kesukanan di peringkat kampung dan daerah,” beliau berkata demikian semasa merasmikan Sukan Bola Tampar Mukin Tanjong Batu Tawau.

Justeru, beliau berkata, pelbagai pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan terutamanya melibatkan golongan belia perlu memastikan pembangunan itu bersesuaian dengan cita rasa generasi berkenaan.

“Kerajaan hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran dibawa kemunculan generasi baru yang mempunyai cita rasa berbeza daripada terdahulu.

“Golongan ini dikhuatiri akan membawa satu peralihan generasi dan arena politik negara sekiranya kerajaan tidak memberi perhatian sewajarnya kepada mereka,” tegas beliau.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan