Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Debat Tangguh: Lim Guan Kecewa

2:50pm 17/04/2016 Pak Roshan 265 views Mutakhir,Politik

rahman-dahlan_lim-guan-eng_600_1

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan rasa kecewa dan menganggap dirinya dipermainkan apabila debat antara beliau dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan ditangguhkan.

Beliau mendakwa selepas Abdul Rahman mencabarnya untuk berdebat dan cabaran itu diterima olehnya, menteri itu sengaja ke luar negara.

“Tapi bila (Abdul Rahman) balik, tiba-tiba IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar) cakap tak boleh teruskan (debat) kerana akibatkan prejudis,” katanya dengan nada kecewa kepada pemberita selepas melancarkan Mass CPR-AED, di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad memutuskan untuk menunda debat itu yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini, selepas mengambil kira nasihat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siaran langsung debat itu ditangguhkan.

Lim turut mempersoalkan mengapa media boleh menyiarkan laporan mengenai isu tanah Taman Manggis dan banglonya hampir setiap hari sedangkan dakwanya ia juga boleh dianggap prejudis dan mengganggu siasatan.

Kontroversi tanah Taman Manggis timbul selepas Abdul Rahman mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah itu yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta manakala banglo itu didakwa dibeli Lim pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan